Pengenalan

FELLOWSHIP RIDE TO THE CENTRE OF PENINSULAR MALAYSIA 2017 merupakan acara berbasikal yang menghimpun pelbagai lapisan masyarakat berkayuh bersama untuk membentuk semangat setiakawan. Pada tahun 2017 merupakan penganjuran kali ke-3 bagi acara ini setelah kejayaan penganjuran pertama pada Ogos 2015 apabila dapat menghimpun lebih 700 peserta dari pelbagai negeri dan negara. Acara ini juga menyokong kemasukan pelancong ke bandar Temerloh dan Lanchang.

Konsep kayuhan santai tetapi mencabar ini menjadi kegemaran kerana laluan yang menarik disamping menguji kemampuan peserta yang mengambil bahagian. Tahun ini dianjurkan sempena Tahun Melawat Pahang 2017 yang menjanjikan pelbagai tarikan yang menarik hati. Untuk mengetahui lebih info mengenai Tahun Melawat Pahang 2017, sila layari laman web rasmi Tourism Pahang

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Visit Pahang di Google Play atau App Store.